Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
(a)
tidak boleh hadir semasa mana-mana perbincangan atau pembuatan keputusan Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan
(b)
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Pihak
Berkuasa atau jawatankuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
(3)
Mana-mana anggota Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang berkaitan yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 687
(4)
Tiada tindakan atau prosiding Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang berkaitan boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang berkaitan itu telah melanggar seksyen ini.
(5)
Bagi maksud seksyen ini—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota
Pihak Berkuasa atau sesuatu jawatankuasa, termasuk—
(a)
suami atau isterinya;
(b)
ibu atau bapanya, termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya;
(c)
anaknya, termasuk anak angkat atau anak tirinya;
(d)
adik-beradiknya, termasuk adik-beradik suami atau isterinya;
dan
(e)
suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan
“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Pihak Berkuasa atau sesuatu jawatankuasa, ertinya—
(a)
seseorang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;
(b)
firma yang dalamnya anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsi;
(c)
pekongsi anggota itu;
(d)
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau anggota keluarganya merupakan seorang benefisiari; atau
(e)
mana-mana perbadanan mengikut pengertian *Akta Syarikat 2016 [Akta 777], yang baginya anggota itu atau mana-mana penamanya atau anggota keluarganya merupakan seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.
*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat subseksyen 620(1)
Akta 777.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 23
Pihak Berkuasa boleh menubuhkan jawatankuasa