Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2008

Seksyen 15

(2)

Keanggotaan sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh termasuk seorang individu atau lebih daripada sektor swasta.

(3)

Pihak Berkuasa boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi Pihak Berkuasa.

(5)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri mengikut apa-apa dasar, garis panduan atau peraturan-peraturan yang dikeluarkan atau dibuat oleh Pihak Berkuasa dari semasa ke semasa di bawah Akta ini.

(6)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Pihak Berkuasa.

(7)

Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

(8)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(9)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—

(a)

minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit setiap mesyuaratnya dikemukakan kepada

Pihak Berkuasa dalam masa empat belas hari dari tarikh mesyuarat yang berkaitan.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 687

(10)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah, jika telah ditandatangani dengan sewajarnya oleh pengerusi jawatankuasa, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

(11)

Tiap-tiap mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang berkenaan dengannya minit mengenai prosidingnya telah dibuat dan ditandatangani mengikut subseksyen (9) dan (10) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

(12)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya, bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(13)

Anggota sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Perdana

Menteri dan mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Perdana Menteri.

(14)

Pengerusi mana-mana jawatankuasa boleh memberi kuasa seseorang anggota untuk menggunakan video secara langsung, sambungan televisyen atau kemudahan komunikasi atau multimedia yang sesuai yang lain untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat jawatankuasa yang berkaitan.

(15)

Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a)

ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, sesuatu jawatankuasa;

atau

(b)

ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 25

Wilayah Ekonomi Koridor Utara