Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2008

Seksyen 17

(a)

Pengerusi;

(b)

seorang anggota Pihak Berkuasa;

(c)

suatu jawatankuasa; atau

(d)

seorang pegawai Pihak Berkuasa.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 687

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1) dan peruntukan lain Akta ini, Pihak Berkuasa boleh mewakilkan kepada seorang anggota

Pihak Berkuasa atau suatu jawatankuasa atau seorang pegawai

Pihak Berkuasa, kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada

Kumpulan Wang atau apa-apa wang lain yang terletak hak pada dan di bawah kawalan Pihak Berkuasa hingga ke tahap yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.

(3)

Anggota Pihak Berkuasa, jawatankuasa atau pegawai, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diwakilkan dengan fungsi atau kuasa sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh

Pihak Berkuasa dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.

(4)

Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Pihak Berkuasa.

(5)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Pihak

Berkuasa daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

Section 17 — AKTA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2008