Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2008

Seksyen 21

Pihak Berkuasa boleh memberikan—

(a)

bayaran faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa kepada pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa;

(b)

subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud pembelian rumah atau kenderaan, dan pembiayaan atau pinjaman ihsan yang lain, kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak

Berkuasa;

(c)

subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud perubatan kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa, dan orang tanggungan mereka;

(d)

kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud pendidikan atau biasiswa kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa atau mana-mana orang lain; dan

(e)

derma kepada mana-mana orang, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh

Pihak Berkuasa.

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 29