Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2008

Seksyen 22

(a)

memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut apa-apa cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan

Persekutuan dan setiap Kerajaan Negeri yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pembangunan

Wilayah Ekonomi Koridor Utara, dan dasar yang terkandung dalam Rancangan Pembangunan WEKU;

(b)

memberi perhatian kepada dan bertindak mengikut rangka kerja am—

(i)

dasar negara bagi pemajuan dan kawalan penggunaan tanah;

(ii)

Rancangan Fizikal Negara; dan

(iii)

dasar am setiap Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan perancangan pembangunan dan penggunaan tanah dan bangunan; dan

(c)

berunding dengan Entiti Kerajaan yang berkaitan yang mempunyai bidang kuasa ke atas aktiviti yang berkaitan atau perkara yang dicadangkan untuk diusahakan atau dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa.

(2)

Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain Akta ini, dalam menjalankan tanggungjawabnya di bawah subseksyen (1),

Pihak Berkuasa hendaklah—

(a)

membantu setiap Kerajaan Negeri untuk menyelaraskan pembangunan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor

Utara, dan bagi maksud ini, Pihak Berkuasa hendaklah menyediakan suatu draf Rancangan Pembangunan WEKU dan merumuskan strategi dan inisiatif bagi pelaksanaan

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 687

Rancangan Pembangunan WEKU dalam sektor swasta dan awam untuk diterima pakai oleh pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di dalam Wilayah

Ekonomi Koridor Utara menurut subseksyen 24(5);

(b)

menyepadukan dasar dan strategi perancangan Kerajaan

Persekutuan, setiap Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di dalam Wilayah

Ekonomi Koridor Utara setakat yang dasar dan strategi perancangan itu boleh terpakai bagi atau berkaitan dengan

Wilayah Ekonomi Koridor Utara;

(c)

melaksanakan strategi dan inisiatif bagi pembangunan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan di dalam

Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan tarikan pelaburan ke Wilayah Ekonomi Koridor Utara, mengikut Rancangan

Pembangunan WEKU;

(d)

mengenal pasti keperluan infrastruktur yang perlu bagi pembangunan ekonomi dan sosial Wilayah Ekonomi

Koridor Utara mengikut Rancangan Pembangunan

WEKU, membangunkan dan mengesyorkan strategi dan inisiatif bagi penyediaan infrastruktur itu, menerima dan menyalurkan apa-apa wang yang diuntukkan oleh

Parlimen bagi penyediaan infrastruktur itu dan membantu

Entiti Kerajaan yang berkaitan dalam mengkaji semula dan menilai pembinaan, pelaksanaan, pengendalian dan penyenggaraannya;

(e)

mengesyorkan kriteria yang hendaklah dipenuhi oleh

Entiti Kerajaan dan kontraktor swasta berhubung dengan penyediaan, atau keupayaan untuk menyediakan, infrastruktur atau perkhidmatan yang diperlukan, mengikut

Rancangan Pembangunan WEKU bagi pembangunan ekonomi dan sosial Wilayah Ekonomi Koridor Utara;

(f)

mengenal pasti keperluan modal insan atau kemahiran yang perlu bagi pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi

Koridor Utara dan membangunkan strategi bagi memastikan bahawa keperluan atau kemahiran itu dibangunkan dan dikekalkan;

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 31

(g)

menyepadukan strategi negara dan Negeri dalam merumuskan strategi dalam draf Rancangan Pembangunan

WEKU berhubung dengan perlindungan alam sekitar, pemuliharaan dan pengurusan sumber asli yang terletak di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara; dan

(h)

menyepadukan penyelidikan saintifik dan teknologi dan pengeksploitan komersialnya dalam rangka ekonomi

Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

Penyediaan draf Rancangan Pembangunan WEKU