Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(2)
Draf Rancangan Pembangunan WEKU hendaklah mengandungi pernyataan bertulis dan—
(a)
hendaklah merumuskan, dengan terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, cadangannya bagi rangka kerja, wawasan dan objektif keseluruhan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara, yang hendaklah termasuk strategi bagi pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
(b)
hendaklah merumuskan, dengan terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, cadangannya bagi inisiatif perancangan dan pelaksanaan untuk merealisasikan strategi yang disebut dalam perenggan (a), yang hendaklah termasuk inisiatif yang berhubungan dengan—
(i)
fungsi Pihak Berkuasa di bawah perenggan 6(b)
dan (c);
(ii)
peningkatan kualiti persekitaran kehidupan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
(iii)
pengurusan dan peningkatan pembangunan sosial di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
(iv)
pengurusan kegunaan tanah di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara;
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 687
(v)
pencapaian atau peningkatan kelebihan daya saing antarabangsa bagi barang-barang dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara, termasuk aktiviti yang berhubungan dengan penjenamaan, penyelidikan, pentauliahan ke atas standard dan pemasaran antarabangsa;
(vi)
pembangunan modal insan sektor berkaitan atau modal insan industri berkaitan, yang termasuk aktiviti yang berhubungan dengan pendidikan, latihan dan penyelidikan;
(vii)
pembangunan dan pengembangan tarikan pelancongan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor
Utara;
(viii)
tarikan pelaburan kepada sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara;
(ix)
pembangunan sektor pertanian, termasuk pemodenannya, pempelbagaiannya dan pengkomersialannya;
(x)
pembangunan sektor industri, termasuk pembangunan industri nilai tambah yang lebih tinggi dan industri baharu;
(xi)
penyediaan insentif bagi sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara;
(xii)
perlindungan, pengurusan, pemeliharaan dan peningkatan sumber alam sekitar semula jadi, sumber pertanian, ekosistem pantai yang sensitif, tanah tinggi, hutan, taman dan kawasan lapang di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara, termasuk—
(aa) perlindungan kawasan sensitif alam sekitar yang diperihalkan dalam Rancangan
Fizikal Negara;
(bb) pembaikan pengurusan air, tenaga dan sisa di dalam Wilayah Ekonomi Koridor
Utara;
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 33
(xiii)
penyediaan, penyepaduan, pembaikan, pengembangan, pemusatan, penyelarasan dan peningkatan pengurusan dan pemantauan infrastruktur utiliti dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara;
(xiv)
pemajuan pembangunan berorientasikan pengangkutan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor
Utara;
(xv)
peningkatan infrastruktur dan perkhidmatan logistik atau pengangkutan di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara, termasuk—
(aa) peningkatan penghubungan pengangkutan dalaman, kebangsaan dan antarabangsa bagi pergerakan barang-barang dan manusia;
(bb) penyediaan dan pengurusan suatu sistem pengangkutan awam yang bersepadu, terselaras dan saling bersambung, yang hendaklah selaras dengan keseluruhan rangka kerja, wawasan, objektif dan strategi yang disebut dalam perenggan
(a)
; dan
(c)
boleh merumuskan, dengan terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, cadangan, dasar dan strateginya yang boleh terpakai bagi kawasan di sekeliling Wilayah Ekonomi Koridor Utara di dalam
Negeri Perak setakat yang cadangan, dasar dan strategi itu semunasabahnya dikehendaki untuk mencapai cadangan yang disebut dalam perenggan (a) dan (b); dan tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, cadangan, dasar dan strategi yang boleh terpakai bagi kawasan di sekeliling Wilayah Ekonomi Koridor Utara di dalam
Negeri Perak boleh termasuk perkara yang berhubungan dengan keselamatan, perlindungan dan pembaikan alam sekitar dan pemeliharaan sumber semula jadi.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 687
(3)
Draf Rancangan Pembangunan WEKU hendaklah mengandungi, atau disertai dengan, apa-apa peta, gambar rajah, ilustrasi, laporan, lukisan, model dan bahan perihalan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa bagi maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan dalam draf Rancangan WEKU, atau sebagaimana yang dalam apa-apa hal tertentu dinyatakan dalam arahan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri; dan peta, gambar rajah, ilustrasi, laporan, lukisan, model dan bahan perihalan itu hendaklah dikira sebagai menjadi sebahagian daripada Rancangan Pembangunan WEKU.
(4)
Dalam merumuskan cadangannya dalam draf Rancangan
Pembangunan WEKU, Pihak Berkuasa hendaklah—
(a)
berunding dengan setiap Kerajaan Negeri, mengenai mana-mana cadangan yang berhubungan dengan Negeri yang berkaitan;
(b)
memastikan bahawa cadangan itu pada amnya mematuhi rancangan pembangunan sosioekonomi dan rancangan struktur bagi Negeri yang berkaitan sebagaimana keadaannya pada masa ini, sama ada ia telah berkuat kuasa atau belum; dan
(c)
hendaklah mengambil kira—
(i)
apa-apa maklumat dan pertimbangan lain yang pada pendapatnya berkaitan:
(ii)
apa-apa maklumat atau pertimbangan lain yang Kerajaan Negeri yang berkaitan boleh mengarahkannya untuk mengambil kira bagi mana-mana cadangan berhubung dengan Negeri yang berkaitan;
(iii)
dasar negara, apabila berkaitan; dan
(iv)
dasar Negeri yang berkaitan, apabila berkaitan.
Kelulusan atau penolakan draf Rancangan Pembangunan