Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Kerajaan Negeri hanya boleh menahan kelulusannya bagi draf Rancangan Pembangunan WEKU jika ia berpendapat bahawa draf Rancangan Pembangunan WEKU atau mana-mana bahagiannya tidak disediakan mengikut kehendak perenggan 23(4)(a) atau (b)
atau subperenggan 23(4)(c)(ii) atau (c)(iv).
(3)
Bagi mengelakkan keraguan, Kerajaan Negeri tidak boleh menahan kelulusannya jika mana-mana daripada kehendak itu tidak dipenuhi berkenaan dengan suatu cadangan yang berhubung dengan Negeri lain.
(4)
Pihak Berkuasa hendaklah menyiarkan hakikat kelulusan draf
Rancangan Pembangunan WEKU oleh setiap Kerajaan Negeri—
(a)
di laman web internet Pihak Berkuasa, dalam bahasa kebangsaan dan Inggeris, bersama dengan Rancangan
Pembangunan WEKU; dan
(b)
dalam tiga keluaran sekurang-kurangnya satu surat khabar tempatan dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar tempatan dalam bahasa Inggeris, bersama dengan tanda yang dengannya Rancangan Pembangunan WEKU yang diluluskan boleh dikenal pasti dan dengan suatu pernyataan tentang tempat di mana Rancangan Pembangunan WEKU yang diluluskan itu boleh diperiksa.
(5)
Selepas Rancangan Pembangunan WEKU telah diluluskan oleh setiap dan tiap-tiap Kerajaan Negeri—
(a)
berhubung dengan mana-mana kawasan di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara yang baginya suatu rancangan tempatan masih belum menerima persetujuan Pihak
Berkuasa Negeri, Jawatankuasa Perancang Negeri yang berkaitan bagi kawasan itu hendaklah memberikan suatu arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di bawah perenggan 12(3)(b) dan subseksyen 12(8) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 untuk memasukkan ke dalam draf rancangan tempatan bagi kawasan itu apa-apa kandungan Rancangan Pembangunan
WEKU sebagaimana yang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh Jawatankuasa Perancang Negeri itu; dan
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 687
(b)
berhubung dengan mana-mana kawasan di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara yang baginya suatu rancangan tempatan telah menerima persetujuan Pihak Berkuasa
Negeri, Jawatankuasa Perancang Negeri yang berkaitan bagi kawasan itu hendaklah memberikan suatu arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di bawah subseksyen 16(2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 untuk mengubah rancangan tempatan itu dengan memasukkan apa-apa kandungan Rancangan
Pembangunan WEKU sebagaimana yang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh Jawatankuasa Perancang
Negeri.
Kajian semula atau pengubahan Rancangan Pembangunan