Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2008

Seksyen 28

(a)

bertindak sebagai ejen penyelaras utama atau ejen yang diberi kuasa bagi pihak Entiti Kerajaan yang berkaitan berhubung dengan penerimaan, pemprosesan dan perihal mempercepat Kelulusan dan tindakan pentadbiran yang diperlukan berhubung dengan permohonan untuk mendapatkan Kelulusan yang berkenaan dengannya Pihak

Berkuasa telah membuat suatu perjanjian atau perkiraan di bawah seksyen 29; dan

(b)

memberikan perkhidmatan pentadbiran dan bantuan kepada setiap Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan tanah di dalam Wilayah

Ekonomi Koridor Utara.

(2)

Pihak Berkuasa boleh, dalam menjalankan peranan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a)—

(a)

mengenakan ke atas pemohon apa-apa fi, kos atau apa-apa caj lain sebagaimana yang ditetapkan berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa; dan

(b)

bagi pihak Entiti Kerajaan yang berkaitan, memungut daripada pemohon apa-apa fi, kos atau apa-apa caj lain sebagaimana yang dikehendaki dengan sah oleh Entiti

Kerajaan itu berkaitan dengan permohonan itu.

Perkiraan dengan Entiti Kerajaan

Section 28 — AKTA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2008