Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2008

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

(a)

Kerajaan Persekutuan, atau mana-mana Kerajaan Negeri,

Pihak Berkuasa Negeri atau kerajaan tempatan; dan

(b)

mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, diperbadankan atau tidak diperbadankan, bagi

Kerajaan Persekutuan, atau bagi mana-mana Kerajaan

Negeri atau kerajaan tempatan, sama ada ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis atau selainnya;

“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh

Pihak Berkuasa di bawah seksyen 15;

“Jawatankuasa Perancang Negeri” ertinya Jawatankuasa

Perancang Negeri bagi sesuatu Negeri, yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];

“kawasan lapang” ertinya mana-mana tanah, sama ada dilingkungi sesuatu atau tidak, yang disusun atur atau dirizabkan untuk disusun atur keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam;

“Kelulusan” ertinya apa-apa kelulusan mana-mana Entiti

Kerajaan, sama ada di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak, dan termasuk kelulusan bagi atau berhubung dengan lesen, permit, pas, pendaftaran, cukai, eksais dan insentif, yang dikehendaki bagi atau berkaitan dengan perdagangan, pelaburan dan pembangunan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara;

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 9

“Kerajaan Negeri” ertinya Kerajaan sesuatu Negeri;

“Ketua Eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 19(1) dan termasuk mana-mana pegawai yang diarahkan di bawah subseksyen 19(6) untuk melaksanakan tugas ketua pegawai eksekutif itu;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pihak Berkuasa

Pelaksanaan Koridor Utara yang ditubuhkan di bawah seksyen 31;

“menetapkan” ertinya menetapkan melalui peraturan-peraturan;

“Negeri” ertinya setiap Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan “Negeri-negeri” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Pihak Berkuasa yang dinyatakan di bawah seksyen 9;

“Pihak Berkuasa” ertinya Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor

Utara yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;

“Pihak Berkuasa Negeri” ertinya Pihak Berkuasa Negeri bagi sesuatu Negeri;

“pihak berkuasa perancang tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan

Desa 1976;

“pihak berkuasa tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171];

“Rancangan Fizikal Negara” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;

“Rancangan Pembangunan WEKU” ertinya draf Rancangan

Pembangunan WEKU yang diluluskan oleh setiap dan tiap-tiap

Kerajaan Negeri menurut seksyen 24, dan termasuk apa-apa pengubahan Rancangan Pembangunan WEKU menurut kuasa seksyen 25;

“rancangan struktur” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 687

“rancangan tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;

“Wilayah Ekonomi Koridor Utara” ertinya kawasan atau kawasan-kawasan yang ditentukan oleh Perdana Menteri mengikut seksyen 16.

Jaminan am

Section 2 — AKTA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2008