Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(2)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa;
(b)
apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Pihak Berkuasa dari semasa ke semasa bagi pinjaman yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;
(c)
semua wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
(d)
semua wang yang didapati atau terhasil daripada apa-apa harta, pelaburan, kumpulan wang pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Pihak Berkuasa;
(e)
apa-apa harta, pelaburan, kumpulan wang pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Pihak Berkuasa;
(f)
jumlah wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;
(g)
fi, kos dan apa-apa caj lain yang dikenakan oleh Pihak
Berkuasa di bawah Akta ini;
(h)
semua wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan penasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 41
(i)
semua jumlah wang atau harta lain, selain jumlah wang yang disebut dalam perenggan 28(2)(b), yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Pihak Berkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya; dan
(j)
semua wang lain yang diterima dengan sah oleh Pihak
Berkuasa.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang