Malaysia legislation

Section 32

of *AKTA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2008

Seksyen 32

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Pihak Berkuasa, termasuk fi dan kos ukur dan guaman dan fi dan kos lain;

(b)

membayar saraan atau elaun anggota Pihak Berkuasa, mana-mana jawatankuasa atau, pegawai dan pekhidmat

Pihak Berkuasa, termasuk memberi pinjaman dan bayaran pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan, pencen dan ganjaran;

(c)

membayar elaun dan belanja lain orang yang diundang kepada mesyuarat Pihak Berkuasa atau mana-mana jawatankuasa;

(d)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sah oleh

Pihak Berkuasa dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

(e)

membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan aset lain, dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

(f)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 687

(g)

memberikan bantuan kewangan di bawah seksyen 21;

(h)

memberikan insentif kepada pelabur di dalam Wilayah

Ekonomi Koridor Utara yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa dari semasa ke semasa;

dan

(i)

pada amnya membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Pemeliharaan Kumpulan Wang

Section 32 — AKTA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2008