Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Kuasa untuk meminjam
(2)
Pihak Berkuasa boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam wang melalui pengeluaran mana-mana surat cara kewangan atas apa-apa terma yang, dengan kelulusan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan, difikirkannya suai manfaat, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
peruntukan modal kerja;
(b)
pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
(c)
pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
(d)
penebusan apa-apa surat cara kewangan yang Pihak
Berkuasa dikehendaki atau berhak untuk menebusnya;
dan
(e)
apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.
Pelaburan