Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
(2)
Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Pihak
Berkuasa hendaklah mengemukakan kepada Perdana Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Perdana Menteri.
(3)
Perdana Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Pihak Berkuasa amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.
(4)
Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Perdana Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Perdana Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan ke dalam anggaran tambahan itu.
(5)
Perdana Menteri boleh mengarahkan Pihak Berkuasa supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.
Tahun kewangan