Malaysia legislation

Section 44

of *AKTA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2008

Seksyen 44

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

adalah tidak material bahawa perbuatan yang berkenaan tidak ditujukan kepada—

(i)

apa-apa maklumat, statistik atau data yang tertentu;

(ii)

apa-apa jenis maklumat, statistik atau data; atau

(iii)

apa-apa maklumat, statistik atau data yang disimpan di mana-mana lokasi tertentu;

(b)

adalah tidak material sama ada sesuatu pengubahsuaian tanpa kuasa menjadi, atau diniatkan menjadi, kekal atau hanya sementara;

(c)

sesuatu pengubahsuaian apa-apa maklumat, statistik atau data berlaku jika —

(i)

maklumat, statistik atau data itu diubah atau dipadamkan;

(ii)

apa-apa maklumat, statistik atau data baharu dimasukkan atau ditambahkan kepada maklumat, statistik atau data itu; atau

(iii)

apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan Pihak Berkuasa untuk mendapatkan akses kepada maklumat, statistik atau data itu, dan termasuk apa-apa perbuatan yang menyumbang kepada berlakunya pengubahsuaian itu.

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 47

(3)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, atau didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574].

(4)

Jika seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini ialah seorang yang profesionnya dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis, dia boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit, atau didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun

Keseksaan.

(5)

Mana-mana syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, atau didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

Obligasi kerahsiaan