Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Pihak Berkuasa adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
(3)
Pihak Berkuasa boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.
(4)
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Pihak Berkuasa boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—
(a)
membuat kontrak;
(b)
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 11
(c)
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Pihak Berkuasa.
Objektif Pihak Berkuasa