Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
Kecualian
(a)
berhubung dengan sesuatu Entiti Kerajaan—
(i)
mana-mana projek yang diusahakan oleh, atau mana-mana projek yang diluluskan atau diawardkan kepada, mana-mana Entiti Kerajaan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
(ii)
melainkan jika diarahkan selainnya oleh Perdana
Menteri, mana-mana projek yang dicadangkan bagi mana-mana Entiti Kerajaan yang berkenaan dengannya kelulusan atau award sedang dinantikan pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
(b)
berhubung dengan seseorang—
(i)
mana-mana projek yang diusahakan oleh, atau mana-mana projek yang diluluskan atau diawardkan kepada, mana-mana orang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
(ii)
mana-mana projek yang dicadangkan bagi mana-mana orang yang berkenaan dengannya kelulusan atau award sedang dinantikan pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
(2)
Pelaksanaan atau pelaksanaan berterusan mana-mana projek, atau kelulusan atau award bagi mana-mana projek yang dicadangkan yang sedang dinantikan, kecuali mana-mana projek yang dicadangkan yang berhubungan dengannya suatu arahan telah dibuat oleh Perdana Menteri dalam subperenggan (1)(a)(ii), tidaklah tersentuh oleh permulaan kuat kuasa Akta ini dan bagi maksud sedemikian ia hendaklah diperlakukan seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 51