Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, kuasa Pihak
(a)
untuk menjalankan atau terlibat dalam mana-mana aktiviti komersial atau perusahaan membuat keuntungan, tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Persekutuan;
(b)
untuk mendayausahakan dan menjalankan kajian mengenai kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin, untuk mencadangkan rancangan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula termasuklah mengenal pasti lokasi yang sesuai dan pemboleh lain yang penting bagi maksud itu dan menjalankan kajian untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula dapat dilaksanakan;
(c)
untuk memajukan, mengesyorkan, memudahkan, membantu dalam, menyelaraskan, menganjurkan, membangunkan dan mengusahakan strategi dan inisiatif untuk meningkatkan
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 15
daya saing di peringkat antarabangsa barang-barang dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara, termasuklah strategi dan inisiatif yang berhubungan dengan—
(i)
pembangunan jenama serantau dan bertaraf dunia yang teguh;
(ii)
penyebaran amalan terbaik atau standard yang moden atau antarabangsa untuk diterima pakai oleh pengeluar atau pemberi perkhidmatan;
(iii)
pencapaian pentaulihan atau pemerakuan antarabangsa oleh perniagaan;
(d)
untuk membangunkan, menggalakkan, mengesyorkan, memudahkan, menguruskan, menyelaraskan dan mengusahakan inisiatif pembangunan sosial yang bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan dan ketaksamaan pendapatan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
(e)
untuk menghendaki—
(i)
semua Entiti Kerajaan yang berkaitan untuk memberikan apa-apa bantuan dan mengemukakan apa-apa maklumat yang ada dalam milik mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak
Berkuasa untuk membolehkan Pihak Berkuasa menjalankan fungsinya di bawah Akta ini;
(ii)
semua Entiti Kerajaan, syarikat dan perbadanan, dan badan dan orang lain, sama ada tempatan atau asing, yang bertanggungjawab bagi atau terlibat dalam menjalankan atau berniat untuk menjalankan pembangunan di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara untuk mengemukakan laporan, yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa, berkenaan dengan aktiviti mereka atau aktiviti yang dicadangkan oleh mereka;
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 687
(f)
untuk menyelaraskan dan membantu Entiti Kerajaan yang berkaitan dalam mengkaji semula dan menilai pembangunan, termasuklah pembangunan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan, infrastruktur dan kemudahan awam di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
(g)
untuk membuat syor kepada Pihak Berkuasa Negeri dan pihak berkuasa tempatan di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara berhubung dengan fungsi dan perkhidmatan kerajaan tempatan termasuk kawalan perancangan tempatan dan pengawalseliaan, kelulusan dan kawalan semua bangunan dan pengendalian bangunan, pembaikan dan penghapusan bangunan hampir musnah dan berbahaya, dan larangan, penutupan dan perobohan bangunan daripada kelas, reka bentuk atau rupa tertentu di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara;
(h)
untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen yang diberi kuasa bagi, atau selainnya bertindak bersama dengan atau bagi pihak, mana-mana Entiti Kerajaan, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang, sama ada tempatan atau asing;
(i)
untuk menghubungi secara langsung atau tidak langsung mana-mana pelabur atau pelabur berpotensi, sama ada tempatan atau asing, dengan tujuan untuk menggalakkan pelaburan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
(j)
untuk menggalakkan, memudahkan, membantu dan menyelaraskan penjalanan aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d) oleh mana-mana Entiti Kerajaan atau mana-mana orang, sama ada tempatan atau asing atau bersesama oleh mereka;
(k)
untuk menubuhkan atau mengembangkan, atau menggalakkan penubuhan atau pengembangan, syarikat atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d) sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Pihak Berkuasa atau secara bebas;
(l)
untuk membuat (atau melalui sesuatu entiti di bawah kawalannya atau kawalan separanya yang disebut dalam perenggan (k)) perkongsian atau membuat apa-Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 17
apa perkiraan bagi perkongsian keuntungan, gabungan kepentingan, kerjasama, usaha sama, konsesi bersaling atau selainnya, dengan mana-mana orang, syarikat atau badan, atau apa-apa perniagaan, aktiviti atau transaksi yang boleh dijalankan supaya dapat mencapai secara langsung atau tidak langsung objektif Pihak Berkuasa dan untuk mengambil atau selainnya memperoleh syer dan sekuriti mana-mana syarikat itu dan menjual, memegang, menerbitkan semula dengan atau tanpa jaminan atau selainnya berurusan dengan syer dan sekuriti itu;
(m)
untuk menaja jamin atau selainnya memperoleh dan memegang apa-apa sekuriti dan untuk melupuskan sekuriti itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa;
(n)
tertakluk kepada dan mengikut mana-mana undang-undang bertulis, untuk menubuhkan, menguruskan dan mengendalikan apa-apa kumpulan wang pelaburan, sama ada yang berhubungan dengan harta, saham, syer atau selainnya, dan untuk membubarkan kumpulan wang pelaburan itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa;
(o)
untuk memohon bagi dan menerima pemberimilikan atau pemindahan hakmilik tanah di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara bagi pembangunan;
(p)
untuk melupuskan aset modal dan untuk menggunakan hasil daripada pelupusan itu;
(q)
untuk melantik mana-mana ejen sebagaimana yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;
(r)
untuk mengenakan fi, kos atau apa-apa caj lain sebagaimana yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsinya atau kuasanya; dan
(s)
untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 687
Fungsi tambahan Pihak Berkuasa