Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2008

Seksyen 8

Berkuasa termasuklah kuasa—

Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan dan kuasa yang terletak hak pada Pihak Berkuasa oleh Akta ini, Pihak

Berkuasa boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang ditugaskan atau diberikan kepadanya oleh

Kerajaan Persekutuan atau, mana-mana Kerajaan Negeri dengan kelulusan Perdana Menteri, dan dalam melakukan sedemikian

Pihak Berkuasa hendaklah disifatkan sebagai memenuhi maksud

Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Pihak

Berkuasa berkenaan dengan pelaksanaan fungsi itu, penjalanan kuasa itu dan perbelanjaan wang itu:

Dengan syarat bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpan berasingan dan terpisah daripada akaun Kumpulan Wang.

Section 8 — AKTA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2008