Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Keanggotaan Pihak Berkuasa
(a)
Pengerusi, yang merupakan Perdana Menteri;
(b)
Timbalan Perdana Menteri;
(c)
Menteri Besar atau Ketua Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi setiap Negeri;
(d)
dua orang Menteri Persekutuan yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh Perdana
Menteri;
(e)
seorang wakil daripada perkhidmatan awam yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh
Perdana Menteri; dan
(f)
dua orang anggota daripada sektor swasta yang mempunyai pengalaman atau kelayakan yang sesuai yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 19
(2)
Timbalan Perdana Menteri hendaklah mempengerusikan sesuatu mesyuarat Pihak Berkuasa semasa ketidakhadiran Perdana
Menteri.
(3)
Tertakluk kepada kelulusan Perdana Menteri, mana-mana anggota Pihak Berkuasa yang diperihalkan dalam perenggan (b)
hingga (e) boleh melantik seorang anggota silih ganti, yang boleh merupakan seorang anggota lain Pihak Berkuasa, untuk menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa semasa ketidakhadirannya.
(4)
Apabila menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa sebagai ganti seseorang anggota, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Pihak Berkuasa pada mesyuarat yang berkaitan itu yang berkenaan dengannya dia dilantik sebagai ganti anggota itu.
(5)
Pihak Berkuasa boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Pihak
Berkuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang menghadiri sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau perbincangan itu.
(6)
Ketua Eksekutif hendaklah menjadi Setiausaha kepada Pihak
Berkuasa.
(7)
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa.
Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan