Malaysia legislation
Section 14
of *AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR 2008
Seksyen 14
(2)
Ketua Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi—
(a)
penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi, aktiviti dan hal ehwal hari ke hari Majlis;
(b)
penyediaan program, skim dan projek untuk pertimbangan
Majlis;
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 21
(c)
pelaksanaan semua program, skim dan projek Majlis;
(d)
pemasaran dan promosi Wilayah Ekonomi Pantai Timur;
dan
(e)
pelaksanaan keputusan Majlis.
(3)
Ketua Eksekutif hendaklah bertanggungjawab dan mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Majlis.
(4)
Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain yang diarahkan oleh Majlis dari semasa ke semasa.
(5)
Dalam menunaikan tugasnya, Ketua Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Majlis.
(6)
Jika berlaku kekosongan dalam jawatan Ketua Eksekutif atau
Ketua Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara waktu atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan tugasnya,
Pengerusi boleh mengarahkan mana-mana pegawai Majlis untuk melaksanakan tugas
Ketua Eksekutif, termasuk bertindak sebagai Setiausaha Majlis, semasa kekosongan jawatan, ketiadaan atau ketidakupayaan sementara itu.
Pengambilan kerja pegawai dan pekhidmat Majlis