Malaysia legislation
Section 16
of *AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR 2008
Seksyen 16
Majlis boleh memberikan bantuan kewangan yang berikut atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Majlis:
(a)
bayaran faedah persaraan, gratuiti, elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis kepada Ketua
Eksekutif, pegawai dan pekhidmat Majlis;
(b)
subsidi, geran, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud pembelian rumah dan kenderaan, dan pembiayaan atau pinjaman ihsan yang lain, kepada Ketua Eksekutif, pegawai dan pekhidmat Majlis;
dan
(c)
subsidi, geran, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud perubatan dan pendidikan atau biasiswa kepada Ketua Eksekutif, pegawai dan pekhidmat Majlis, dan tanggungan mereka.