Malaysia legislation
Section 17
of *AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR 2008
Seksyen 17
(2)
Majlis hendaklah, dalam draf Pelan Induk Wilayah Ekonomi
Pantai Timur, merumuskan dengan apa-apa butir terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Majlis yang berikut:
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 23
(a)
cadangan bagi rangka kerja, wawasan dan objektif keseluruhan bagi pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai
Timur, yang hendaklah termasuk objektif dan strategi bagi pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial di Wilayah
Ekonomi Pantai Timur;
(b)
cadangan bagi perancangan dan pelaksanaan inisiatif di dalam
Wilayah
Ekonomi
Pantai
Timur untuk merealisasikan objektif dan strategi yang disebut dalam perenggan (a) yang hendaklah termasuk inisiatif yang berhubungan dengan tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
(i)
objektif, fungsi, kuasa, dan fungsi dan kuasa tambahan Majlis di bawah seksyen 6, 7, 8 dan 9
masing-masing;
(ii)
pembangunan dan pengembangan industri pelancongan;
(iii)
penambahbaikan, pengembangan, pemusatan, penyelarasan dan peningkatan tahap pengurusan industri minyak dan gas dan petrokimia;
(iv)
pembangunan sektor perindustrian, termasuk pembangunan industri dengan nilai tambah yang lebih tinggi dan industri baharu;
(v)
pembangunan modal insan yang berkaitan mengikut sektor atau mengikut industri, termasuk aktiviti berhubungan dengan pendidikan, latihan dan penyelidikan;
(vi)
pembangunan sektor pertanian, termasuk memodenkan, mempelbagaikan dan mengkomersialkannya;
(vii)
peningkatan kualiti persekitaran tempat tinggal di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur;
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 688
(viii)
pengurusan dan peningkatan pembangunan sosial di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur;
(ix)
pengurusan penggunaan tanah di dalam Wilayah
Ekonomi Pantai Timur;
(x)
pencapaian atau peningkatan kelebihan daya saing di peringkat antarabangsa bagi barangan dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai
Timur, termasuk aktiviti berhubung dengan penjenamaan, penyelidikan, akreditasi kepada standard antarabangsa dan pasaran antarabangsa;
(xi)
tarikan pelaburan dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai
Timur;
(xii)
penyediaan insentif bagi sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai
Timur;
(xiii)
penyediaan, integrasi, penambahbaikan, pengembangan, pemusatan, penyelarasan dan peningkatan pengurusan dan pemantauan infrastruktur kemudahan dan perkhidmatan di dalam Wilayah
Ekonomi Pantai Timur; dan
(xiv)
promosi pembangunan berorientasikan transit di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur;
(c)
objektif dan strategi bagi pembangunan dan peningkatan infrastruktur logistik, pengangkutan dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
(i)
peningkatan rangkaian pengangkutan dalaman, dalam negara dan antarabangsa bagi pergerakan barangan dan manusia; dan
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 25
(ii)
penyediaan dan pengurusan suatu sistem pengangkutan awam yang bersepadu, dapat diselaraskan dan saling bersambung; dan
(d)
tindakan dan inisiatif bagi melindungi, menguruskan, memulihara, memelihara, meningkatkan, dan membangunkan secara mapan sumber asli alam sekitar, sumber pertanian, ekosistem pantai yang sensitif, tanah tinggi, hutan, taman dan kawasan lapang di dalam Wilayah
Ekonomi Pantai Timur, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
(i)
perlindungan kawasan alam sekitar yang sensitif yang diperihalkan dalam
Rancangan
Fizikal
Negara di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
[Akta 172]; dan
(ii)
pembaikan pengurusan air, tenaga dan bahan buangan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
(3)
Draf Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur hendaklah mengandungi, atau disertakan dengan, apa-apa peta, gambar rajah, ilustrasi, laporan, lukisan, model dan apa-apa bahan perihalan lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Majlis bagi maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan dalam draf Pelan Induk
Wilayah Ekonomi Pantai Timur, atau yang dalam apa-apa hal tertentu dinyatakan dalam arahan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri
Kelantan, Terengganu, Pahang atau Johor; dan peta, gambar rajah, ilustrasi, laporan, lukisan, model dan bahan perihalan lain dan arahan itu hendaklah dikira sebagai menjadi sebahagian daripada draf Pelan
Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Perundingan dengan Kerajaan Negeri