Malaysia legislation

Section 19

of *AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR 2008

Seksyen 19

(2)

Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang atau Johor hanya boleh menahan kelulusannya ke atas draf Pelan Induk Wilayah

Ekonomi Pantai Timur itu jika Kerajaan Negeri Kelantan,

Terengganu, Pahang atau Johor berpendapat bahawa draf Pelan Induk

Wilayah Ekonomi Pantai Timur itu atau mana-mana bahagiannya tidak disediakan mengikut kehendak seksyen 17 dan 18.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, walau apa pun subseksyen (2),

Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang atau Johor tidak boleh menahan kelulusannya jika mana-mana kehendak seksyen 17

atau 18 yang pada pendapat Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu,

Pahang atau Johor telah tidak dipatuhi adalah berkenaan dengan—

(a)

suatu perkara yang tidak berkaitan dengan Negeri mereka masing-masing;

(b)

suatu perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan; atau

(c)

suatu perkara yang tergolong dalam bidang tugas atau tanggungjawab eksklusif Kerajaan Persekutuan.

(4)

Majlis hendaklah menyiarkan hakikat bahawa draf Pelan Induk

Wilayah Ekonomi Pantai Timur telah diluluskan oleh Kerajaan

Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor —

(a)

di laman sesawang internet Majlis, dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris, berserta Pelan Induk

Wilayah Ekonomi Pantai Timur itu; dan

(b)

dalam tiga keluaran sekurang-kurangnya satu akhbar tempatan arus perdana dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam bahasa Inggeris, yang mengandungi petunjuk yang melaluinya Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang diluluskan itu boleh dikenali dan suatu pernyataan tentang masa dan tempat di mana Pelan Induk Wilayah

Ekonomi Pantai Timur itu boleh dilihat.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 688

(5)

Selepas Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan

Johor—

(a)

berhubung dengan mana-mana kawasan di dalam Wilayah

Ekonomi Pantai Timur yang rancangan tempatan baginya belum mendapat persetujuan Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976,

Jawatankuasa Perancang Negeri yang berkaitan bagi kawasan itu hendaklah memberi suatu arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di bawah perenggan 12(3)(b) dan subseksyen 12(8) Akta

Perancangan Bandar dan Desa 1976 untuk memasukkan ke dalam draf rancangan tempatan bagi kawasan itu apa-apa kandungan Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai

Timur sebagaimana yang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh Jawatankuasa Perancang Negeri itu; dan

(b)

berhubung dengan mana-mana kawasan di dalam Wilayah

Ekonomi Pantai Timur yang rancangan tempatan baginya telah mendapat persetujuan Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976,

Jawatankuasa Perancang Negeri yang berkaitan bagi kawasan itu hendaklah memberi suatu arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di bawah subseksyen 16(2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

untuk mengubah rancangan tempatan itu dengan memasukkan apa-apa kandungan Pelan Induk Wilayah

Ekonomi Pantai Timur sebagaimana yang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh Jawatankuasa Perancang Negeri itu.

Kajian semula dan pengubahan Pelan Induk Wilayah Ekonomi

Pantai Timur