Malaysia legislation
Section 21
of *AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR 2008
Seksyen 21
Tiap-tiap entiti Kerajaan, mana-mana badan atau orang, sama ada tempatan atau asing, berkewajipan untuk memberi perhatian kepada, dan bertindak mengikut cara yang selaras dengan kandungan
Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur, sama ada atau tidak dimasukkan ke dalam rancangan tempatan menurut subseksyen 19(5)—
(a)
berhubungan dengan mana-mana entiti Kerajaan, dalam melaksanakan fungsi dan kewajipan entiti Kerajaan itu, dan dalam menjalankan kuasa entiti Kerajaan itu di dalam
Wilayah Ekonomi Pantai Timur; dan
(b)
berhubungan dengan mana-mana entiti Kerajaan, atau badan atau orang, sama ada tempatan atau asing, dalam membuat apa-apa cadangan untuk pembangunan atau aktiviti lain, atau dalam menjalankan apa-apa pembangunan atau aktiviti lain, di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Pembangunan strategik yang ditetapkan