Malaysia legislation
Section 22
of *AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR 2008
Seksyen 22
(a)
apa-apa aktiviti di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang mungkin mempunyai impak ekonomi yang penting bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur sebagai suatu aktiviti pembangunan strategik yang ditetapkan;
(b)
mana-mana kawasan atau kawasan-kawasan di dalam
Negeri yang berkenaan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai
Timur yang mungkin mempunyai impak ekonomi yang penting bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur sebagai suatu kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan; dan
(c)
apa-apa aktiviti pembangunan strategik yang ditetapkan di dalam mana-mana kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan.
(2)
Mana-mana entiti Kerajaan, atau badan atau orang, sama ada tempatan atau asing, yang berhasrat untuk menjalankan apa-apa aktiviti pembangunan strategik yang ditetapkan, atau apa-apa pembangunan di dalam kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan, atau apa-apa aktiviti pembangunan strategik yang ditetapkan di dalam mana-mana kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan, hendaklah pertama sekali merujukkan cadangan pembangunan itu kepada Majlis bagi mendapatkan arahan Majlis sebelum mengemukakan cadangan pembangunan itu untuk kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan.
(3)
Majlis hendaklah memberi arahan di bawah subseksyen (2)
bagi maksud memastikan pematuhan dan keselarasan dengan kandungan Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur sama ada atau tidak dimasukkan ke dalam suatu rancangan tempatan menurut subseksyen 19(5).
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 31