Malaysia legislation
Section 23
of *AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR 2008
Seksyen 23
Dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, adalah menjadi tanggungjawab Majlis—
(a)
untuk memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan dan kuasa itu dijalankan mengikut apa-apa cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan pembangunan di dalam Wilayah
Ekonomi Pantai Timur selaras dengan Pelan Induk Wilayah
Ekonomi Pantai Timur;
(b)
berkenaan dengan strategi untuk perancangan pembangunan dan penggunaan tanah dan bangunan, untuk memberi perhatian kepada dan bertindak mengikut kerangka am—
(i)
dasar negara bagi pemajuan dan kawalan penggunaan tanah; dan
(ii)
dasar am Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu,
Pahang dan Johor; dan
(c)
untuk merundingi dan menyelaraskan tindakannya dengan
Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dan mana-mana entiti Kerajaan—
(i)
yang mempunyai tanggungjawab ke atas kawasan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang di dalamnya Majlis bercadang untuk menjalankan aktivitinya; atau
(ii)
yang diletak hak dengan fungsi dan kuasa yang sama dengan Majlis bagi apa-apa perkara yang Majlis
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 688
bercadang untuk mengusahakan di dalam Wilayah
Ekonomi Pantai Timur.
Tanggungjawab entiti Kerajaan