Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR 2008

Seksyen 25

(a)

bertindak sebagai ejen penyelaras utama atau ejen yang diberi kuasa bagi pihak entiti Kerajaan yang berkaitan untuk menerima, memproses dan menyegerakan kelulusan dan tindakan pentadbiran yang perlu berhubung dengan permohonan untuk mendapatkan kelulusan yang berkenaan dengannya Majlis telah membuat suatu perjanjian atau perkiraan di bawah seksyen 26; dan

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 33

(b)

memberi khidmat pengurusan dan bantuan kepada Kerajaan

Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berkaitan dengan perkara berhubung dengan tanah di dalam Wilayah

Ekonomi Pantai Timur.

(2)

Majlis boleh, dalam menjalankan peranan yang disebut dalam perenggan (l)(a)—

(a)

mengenakan ke atas pemohon apa-apa fi, kos, sumbangan atau apa-apa caj lain sebagaimana yang ditetapkan berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh

Majlis; dan

(b)

bagi pihak entiti Kerajaan yang berkaitan, memungut daripada pemohon apa-apa fi, kos, sumbangan atau apa-apa caj lain sebagaimana yang dikehendaki secara sah di sisi undang-undang oleh entiti Kerajaan itu berkaitan dengan permohonan itu.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “kelulusan” ertinya apa-apa kelulusan oleh mana-mana entiti Kerajaan, sama ada di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak, dan termasuk kelulusan bagi atau berkaitan dengan lesen, permit, pas, pendaftaran, cukai, eksais dan insentif, yang dikehendaki atau berkaitan dengan perdagangan, pelaburan dan pembangunan di dalam Wilayah

Ekonomi Pantai Timur.

Perkiraan dengan entiti Kerajaan