Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR 2008

Seksyen 28

Majlis boleh mendapatkan daripada—

(2)

Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan bagi setiap

Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan anggota yang dilantik oleh Perdana

Menteri selepas merundingi Menteri Besar Negeri berkenaan.

(3)

Keanggotaan suatu

Jawatankuasa

Pelaksanaan dan

Penyelarasan boleh termasuk seorang individu atau lebih daripada sektor swasta.

(4)

Seorang anggota Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan bagi setiap Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor boleh melantik seorang anggota silih ganti bagi menghadiri mesyuarat

Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan bagi pihaknya jika anggota itu, atas apa-apa alasan, tidak boleh hadir dan anggota silih ganti itu hendaklah semasa menghadiri mesyuarat Jawatankuasa

Pelaksanaan dan Penyelarasan itu bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan itu.

(5)

Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan bagi setiap

Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor hendaklah bertanggungjawab—

(a)

bagi mengenal pasti cadangan pembangunan dan pelaburan utama dan strategik di dalam Wilayah Ekonomi Pantai

Timur berkenaan dengan Negeri masing-masing;

(b)

bagi memantau status semua permohonan berhubung dengan cadangan pembangunan dan pelaburan utama dan strategik yang dikenal pasti menurut perenggan (a);

(c)

bagi menyelaraskan peranan dan aktiviti semua entiti

Kerajaan yang berkaitan untuk menyegerakan pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan utama dan strategik yang dikenal pasti menurut perenggan (a);

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 688

(d)

bagi menghubungi Majlis atau mana-mana wakilnya tentang status pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan utama dan strategik yang dikenal pasti menurut perenggan (a);

(e)

bagi mengenal pasti apa-apa kesulitan atau isu yang timbul semasa pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan utama dan strategik yang dikenal pasti menurut perenggan (a);

(f)

bagi mengambil atau mengesyorkan langkah atau tindakan pentadbiran yang sesuai bagi menyelesaikan kesulitan atau isu yang dikenal pasti menurut perenggan (e); dan

(g)

bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kewajipan lain yang diarahkan oleh Majlis.

(6)

Peruntukan