Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR 2008

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anggota” ertinya anggota Majlis yang dilantik di bawah subseksyen 10(1) dan termasuk anggota silih ganti yang dilantik di bawah seksyen 11;

“entiti Kerajaan” ertinya—

(a)

Kerajaan Persekutuan, mana-mana Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan; dan

(b)

mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, bagi Kerajaan Persekutuan, mana-mana Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan, sama ada ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya;

“jawatankuasa” ertinya suatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 12;

“Jawatankuasa

Pelaksanaan dan

Penyelarasan”

ertinya

Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan yang dilantik di bawah seksyen 28;

“Ketua Eksekutif” ertinya Ketua Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 14(1) dan termasuk seorang pegawai yang diarahkan untuk melaksanakan tugas Ketua Eksekutif di bawah subseksyen 14(6);

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pembangunan Wilayah

Ekonomi Pantai Timur yang ditubuhkan di bawah seksyen 29;

“Majlis” ertinya Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai

Timur yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 9

“Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur” ertinya Pelan Induk

Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang disediakan menurut seksyen 17

dan termasuk apa-apa pengubahan kepada Pelan Induk itu;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis yang dilantik di bawah perenggan 10(1)(a);

“Wilayah Ekonomi Pantai Timur” ertinya kawasan yang diisytiharkan di bawah seksyen 4.

Jaminan am bahawa kuasa Kerajaan Negeri dan entiti Kerajaan lain tidak terjejas