Malaysia legislation
Section 5
of *AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR 2008
Seksyen 5
(2)
Majlis hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.
(3)
Majlis boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya sendiri.
(4)
Majlis boleh, tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis—
(a)
membuat kontrak;
(b)
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa perihalan harta alih dan harta tak alih dan mengunderait atau selainnya memperoleh dan memegang apa-apa sekuriti; dan
(c)
memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, melupuskan, atau selainnya membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih, termasuk sekuriti, atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada
Majlis.
Objektif Majlis