Malaysia legislation
Section 7
of *AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR 2008
Seksyen 7
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 11
Tertakluk pada seksyen 23, Majlis hendaklah melaksanakan fungsi yang berikut:
(a)
untuk menetapkan arah, dasar, strategi dan inisiatif berhubung dengan pembangunan di dalam Wilayah
Ekonomi Pantai Timur dan pelaksanaan Pelan Induk
Wilayah Ekonomi Pantai Timur;
(b)
untuk menggalakkan, merangsang, memudahkan, menyelaraskan, membuat penilaian dan kajian semula apa-apa pembangunan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai
Timur yang dijalankan oleh mana-mana entiti Kerajaan, atau badan atau orang, sama ada tempatan atau asing, dan turut serta dalam membangunkan Wilayah Ekonomi Pantai
Timur, termasuk—
(i)
pembangunan ekonomi seperti pelancongan dan pembangunan pertanian termasuk memodenkan, mempelbagaikan dan mengkomersialkan sektor pertanian;
(ii)
pembangunan industri dan perdagangan seperti industri minyak dan gas dan petrokimia, pengilangan
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 688
dan perusahaan lain dan aktiviti dan industri baharu dengan nilai tambah yang lebih tinggi;
(iii)
pembangunan sosial seperti kesihatan umum dan pembangunan kemudahan kesihatan dan perubatan dan pembangunan kesenian, dan aktiviti kebudayaan, sukan dan rekreasi;
(iv)
pembangunan sumber manusia seperti pembangunan pendidikan awam dan pembangunan kemudahan pendidikan, termasuk institusi vokasional dan teknikal dan pusat kecemerlangan bagi penyelidikan, pengajaran dan latihan; dan
(v)
pembangunan infrastruktur seperti pembangunan pusat pelaburan dan logistik, kawasan bebas cukai, kawasan perumahan dan kemudahan awam, dan pembangunan hartanah;
(c)
untuk merancang, melaksanakan secara berperingkat, menyelaraskan, dan membuat penilaian dan kajian semula apa-apa aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana entiti
Kerajaan, atau badan atau orang, sama ada tempatan atau asing, di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang difikirkan oleh Majlis sebagai mempunyai kepentingan strategik kepada negara atau bermanfaat bagi negara demi menjayakan objektif Majlis;
(d)
untuk melaksanakan strategi dan inisiatif bagi pembangunan perdagangan dan pemasaran di dalam Wilayah Ekonomi
Pantai Timur;
(e)
untuk memberikan khidmat nasihat dan perundingan berhubung dengan pelaburan atau potensi pelaburan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur termasuk—
(i)
untuk menasihati mana-mana entiti Kerajaan tentang insentif yang boleh diberikan kepada para pelabur;
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 13
(ii)
untuk mendekati secara langsung atau tidak langsung mana-mana pelabur atau pelabur berpotensi, sama ada tempatan atau asing, dengan tujuan untuk menggalakkan pelaburan sektor swasta di dalam
Wilayah Ekonomi Pantai Timur; dan
(iii)
untuk mengadakan dan membuat kajian semula kriteria bagi insentif yang diuruskan dan ditadbir secara terus dan eksklusif oleh Majlis dengan kelulusan
Kerajaan
Persekutuan, dari semasa ke semasa, untuk diberikan kepada para pelabur di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur, dan untuk memproses dan membuat penilaian bagi pemberian apa-apa insentif kepada para pelabur yang layak;
(f)
untuk mengenal pasti kemahiran yang diperlukan bagi meneruskan dan mengembangkan ekonomi
Wilayah
Ekonomi Pantai Timur dan membangunkan strategi dan inisiatif bagi memastikan bahawa kemahiran itu dapat dibentuk dan dipupuk;
(g)
untuk mengintegrasikan penyelidikan saintifik dan teknologi dengan pengeksploitasian secara komersial hasil penyelidikan itu dalam kerangka ekonomi Wilayah
Ekonomi Pantai Timur;
(h)
untuk menjalankan kajian, membuat tinjauan, dan mengumpul semak dan menganalisis maklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atau berkaitan dengan pembangunan, perniagaan atau pelaburan di dalam Wilayah
Ekonomi Pantai Timur, dan untuk menyiarkan dan menyebarkan maklumat, statistik dan faktor itu kepada mana-mana entiti Kerajaan, badan, orang dan para pelabur atau pelabur berpotensi, sama ada tempatan atau asing;
(i)
untuk menetapkan dasar, arah, strategi dan inisiatif berhubung dengan pembangunan mapan, termasuk perlindungan, pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur; dan 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 688
(j)
untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat, berfaedah atau perlu bagi, atau yang bersampingan dengan, sebagai tambahan kepada, atau yang berbangkit daripada, pelaksanaan fungsi Majlis dan pentadbiran Majlis yang sewajarnya dan berkesan demi menjayakan objektif Majlis dan bagi melaksanakan maksud Akta dengan lebih baik.
Kuasa Majlis