Malaysia legislation
Section 8
of *AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR 2008
Seksyen 8
Majlis mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu atau suai manfaat atau berfaedah bagi maksud menunaikan fungsi Majlis, atau yang bersampingan dengan, sebagai tambahan kepada, atau yang berbangkit daripada, pelaksanaan fungsi
Majlis, dan penjalanan kuasa tersebut, dan bagi pentadbiran Majlis yang sewajarnya dan berkesan, demi menjayakan okjektif Majlis dan bagi melaksanakan maksud Akta dengan lebih baik, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu:
(a)
tertakluk pada kelulusan Kerajaan Persekutuan, untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti komersial, perusahaan mencari keuntungan, usahasama, perkongsian, usahasama ekuiti atau apa-apa perkiraan untuk perkongsian keuntungan, gabungan kepentingan, konsesi bersaling atau selainnya untuk bekerjasama dengan, bertindak sebagai ejen yang diberi kuasa bagi, secara bersesama dengan atau bagi pihak, mana-mana entiti
Kerajaan, atau badan atau orang, sama ada tempatan atau asing, bagi maksud menjalankan aktiviti pembangunan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur;
(b)
untuk mengambil atau selainnya memperoleh syer dan sekuriti mana-mana syarikat atau perniagaan, aktiviti atau transaksi, yang boleh diuruskan bagi mencapai, secara langsung atau tidak langsung, objektif Majlis, dan untuk menjual, memegang, atau menerbitkan semula dengan atau tanpa jaminan atau selainnya menguruskan mana-mana syer dan sekuriti, atau untuk mengunderait atau selainnya memegang mana-mana syer dan sekuriti dan untuk
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 15
melupuskan mana-mana syer dan sekuriti atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Majlis;
(c)
untuk mendayausahakan dan menjalankan kajian mengenai kawasan yang boleh dibangunkan dan dibangunkan semula dan untuk mencadangkan perancangan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula, termasuk mengenal pasti lokasi yang sesuai dan pemboleh lain yang penting bagi maksud itu, dan menjalankan kajian untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula boleh dilaksanakan;
(d)
untuk membuat syor dan memberi khidmat perundingan dan nasihat tentang pelaksanaan dasar, undang-undang dan tindakan, dan standard, garis panduan, amalan terbaik, dan proses dan tatacara pentadbiran, yang seragam yang hendaklah digunakan oleh mana-mana entiti Kerajaan, badan dan orang, sama ada tempatan atau asing, bagi maksud menggalakkan pembangunan Wilayah Ekonomi
Pantai Timur;
(e)
untuk menggalakkan, mengesyorkan, menyediakan kemudahan bagi, memberi sokongan kepada, menyelaraskan, mengelolakan, membangunkan dan mengusahakan strategi dan inisiatif bagi mempertingkatkan daya saing di peringkat antarabangsa bagi barangan dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur, termasuk strategi dan inisiatif yang berhubungan dengan—
(i)
pembangunan jenama serantau bertaraf dunia yang teguh;
(ii)
penyebaran amalan terbaik atau standard yang moden atau antarabangsa untuk diterima pakai oleh para pengeluar atau penyedia perkhidmatan; dan
(iii)
pencapaian akreditasi atau pemerakuan oleh perniagaan di peringkat antarabangsa;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 688
(f)
untuk mengenal pasti infrastruktur yang perlu bagi memastikan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur kekal mapan dan berkembang selaras dengan Pelan Induk
Wilayah Ekonomi Pantai Timur;
(g)
untuk menerima dan menyalurkan apa-apa dana yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi penyediaan infrastruktur di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan untuk memantau pembinaan, pelaksanaan, pengendalian dan penyenggaraan infrastruktur itu;
(h)
untuk menubuhkan, menguruskan dan mengendalikan apa-apa dana pelaburan, sama ada yang berhubungan dengan harta, bon, saham, syer, sekuriti atau selainnya, dan untuk membubarkan dana pelaburan itu atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Majlis;
(i)
untuk membangunkan, menggalakkan, mengesyorkan, menyediakan kemudahan bagi, mengelolakan, menyelaraskan dan mengusahakan inisiatif bagi pembangunan sosial dengan matlamat untuk mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang perbezaan pendapatan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur; dan
(j)
untuk membuat syor kepada Kerajaan Negeri Kelantan,
Terengganu, Pahang dan Johor dan pihak berkuasa tempatan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur berhubung dengan fungsi dan perkhidmatan kerajaan tempatan termasuk kawalan perancangan tempatan dan pengawalseliaannya, kelulusan atau kawalan ke atas semua bangunan dan pengendalian bangunan, pembaikan dan penghapusan bangunan yang hampir musnah dan berbahaya, dan larangan pembinaan, penutupan dan perobohan bangunan dari jenis, reka bentuk, muka bangunan atau rupa tertentu di dalam Wilayah Ekonomi
Pantai Timur.
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 17
Fungsi dan kuasa tambahan Majlis