Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR 2008

Seksyen 9

(a)

Majlis hendaklah melaksanakan apa-apa fungsi lain dan menjalankan apa-apa kuasa lain yang diberikan kepada

Majlis di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(b)

Majlis boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain dan menjalankan apa-apa kuasa lain yang diberikan oleh atau diletak hak pada Majlis oleh Kerajaan Persekutuan,

Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang atau Johor, atau mana-mana entiti Kerajaan lain;

(c)

tertakluk pada subseksyen (3), Majlis boleh membelanjakan apa-apa wang yang diterima oleh Majlis daripada Kerajaan

Persekutuan, Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu,

Pahang atau Johor, mana-mana entiti Kerajaan lain, atau badan atau orang, sama ada tempatan atau asing, untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain dan menjalankan apa-apa kuasa lain yang baginya wang itu diterima oleh Majlis; dan

(d)

Majlis boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain dan menjalankan apa-apa kuasa lain yang bersampingan dengan, sebagai tambahan kepada, atau yang berbangkit daripada apa-apa fungsi dan kuasa yang dinyatakan dalam seksyen ini.

(2)

Dalam menjalankan fungsi dan kuasa tambahan di bawah subseksyen (1), Majlis hendaklah disifatkan sebagai memenuhi objektifnya di bawah Akta ini, dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Majlis berkenaan dengan pelaksanaan fungsi itu dan penjalanan kuasa itu.

(3)

Kesemua wang yang diterima dan dibelanjakan di bawah seksyen ini hendaklah disimpan dalam dana khas di bawah seksyen 33, secara berasingan dan dipisahkan daripada Kumpulan Wang.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 688

Keanggotaan Majlis