Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA AHLI GEOLOGI 2008

Seksyen 12

Jika seseorang anggota Lembaga mati atau meletakkan jawatannya atau selainnya mengosongkan jawatannya atau jika pelantikannya dibatalkan, Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, melantik seorang anggota baru untuk menggantikannya dan anggota yang dilantik itu hendaklah memegang jawatan bagi baki tempoh pelantikan anggota yang digantinya itu.