Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA AHLI GEOLOGI 2008

Seksyen 13

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

(a)

dalam apa-apa tempoh apabila jawatan Pengerusi kosong;

(b)

dalam apa-apa tempoh apabila Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak berada di Malaysia; atau

(c)

dalam apa-apa tempoh apabila Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan tugas jawatannya.

(2)

Sehingga suatu pelantikan di bawah subseksyen (1) dibuat atau jika tiada pelantikan sedemikian atau jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Lembaga, Lembaga hendaklah memilih seorang daripada anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(c) atau 6(2)(c), mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk melaksanakan fungsi Pengerusi.

(3)

Seseorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1)

atau anggota yang disebut dalam subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, sepanjang tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini disifatkan sebagai Pengerusi.

(4)

Jika pada mana-mana mesyuarat Lembaga baik Pengerusi mahupun orang yang menjalankan fungsi Pengerusi tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan anggota yang hadir itu untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 689

Jawatankuasa