Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA AHLI GEOLOGI 2008

Seksyen 14

(2)

Lembaga boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

(3)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(5)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.

(7)

Lembaga boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

(8)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

(9)

Sesuatu jawatankuasa adalah tertakluk kepada dan hendaklah bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Lembaga.

(10)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

Ahli Geologi 19

(11)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—

(a)

minit bagi semua mesyuaratnya disimpan dan disenggarakan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit bagi semua mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

(12)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(13)

Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (12) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.

(14)

Suatu tindakan, perintah atau keputusan sesuatu jawatankuasa hendaklah disifatkan sebagai tindakan, perintah atau keputusan

Lembaga.

Anggota Lembaga tidak menanggung liabiliti