Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(2)
Seseorang yang didaftarkan sebagai seorang ahli geologi siswazah berdaftar di bawah subseksyen (1) dikehendaki memperoleh pengalaman amali sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga dan lulus peperiksaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga supaya berhak untuk memohon didaftarkan sebagai seorang ahli geologi profesional berdaftar di bawah subseksyen (3).
(3)
Orang yang berikut berhak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi profesional berdaftar apabila memohon:
(a)
seseorang yang—
(i)
didaftarkan sebagai seorang ahli geologi siswazah berdaftar; dan
(ii)
telah memperoleh pengalaman amali yang diluluskan oleh Lembaga dan telah lulus peperiksaan yang ditentukan oleh Lembaga di bawah subseksyen (2);
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 689
(b)
mana-mana orang yang walaupun tidak memegang kelayakan yang dikehendaki oleh Lembaga di bawah subseksyen (1)—
(i)
memegang ijazah dalam bidang geologi yang tidak diluluskan oleh Lembaga;
(ii)
telah lulus peperiksaan yang dijalankan oleh
Lembaga; dan
(iii)
telah memperoleh pengalaman amali yang diluluskan oleh Lembaga; dan
(c)
seseorang yang memegang ijazah geologi atau kelayakan lain yang difikirkan oleh Lembaga setara dengannya dan yang memuaskan hati Lembaga bahawa dia telah menjalankan amalan atau menjalankan urusan atau telah diguna khidmat sebagai ahli geologi sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan telah memohon untuk pendaftaran dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh itu.
(4)
Hanya warganegara atau pemastautin tetap Malaysia layak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi siswazah berdaftar atau ahli geologi profesional berdaftar.
(5)
Seseorang yang mahu supaya didaftarkan sebagai ahli geologi siswazah berdaftar atau ahli geologi profesional berdaftar boleh memohon kepada Lembaga dan permohonan itu hendaklah disokong dengan bukti dokumentar bahawa dia memiliki kelayakan yang dikehendaki di bawah seksyen ini.
(6)
Lembaga boleh, semasa meluluskan pendaftaran di bawah seksyen ini, mengenakan apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut.
(7)
Pengerusi hendaklah memberitahu pemohon tentang keputusan Lembaga dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh permohonan diterima.
(8)
Tiada seorang pun berhak untuk didaftarkan sebagai seorang ahli geologi profesional berdaftar jika pada bila-bila masa sebelum pendaftarannya wujud apa-apa fakta atau hal keadaan yang memberi hak kepada Lembaga untuk membatalkan pendaftarannya.
Ahli Geologi 23
(9)
Subseksyen 35(4) dan 48(1) hendaklah terpakai dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang perlu bagi mana-mana orang yang permohonannya untuk pendaftaran telah ditolak di bawah subseksyen (8).
Amalan oleh pengamal