Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA AHLI GEOLOGI 2008

Seksyen 22

(2)

Seseorang ahli geologi asing boleh ditimbangkan bagi pendaftaran sebagai seorang ahli geologi asing berdaftar jika dia memuaskan hati Lembaga bahawa—

(a)

dia memiliki kelayakan yang perlu yang diiktiraf bagi amalan geologi sebagai seorang ahli geologi profesional dalam negara tempat dia biasa menjalankan amalan; dan

(b)

dia memiliki kepakaran yang diperlukan.

(3)

Pengerusi boleh, dengan persetujuan secara bertulis sekurang-kurangnya dua pertiga anggota Lembaga, secara bertulis meluluskan pendaftaran mana-mana ahli geologi asing.

(4)

Pengerusi boleh, semasa meluluskan pendaftaran di bawah subseksyen (3), mengenakan apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut.

(5)

Pengerusi boleh meluluskan pendaftaran seseorang ahli geologi asing bagi suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun kalendar dan boleh membaharui pendaftaran itu mengikut subseksyen (3)

sebagaimana yang difikirkannya patut.

(6)

Pengerusi hendaklah memberitahu ahli geologi asing itu tentang keputusan Lembaga dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh permohonan diterima.

(7)

Tanpa menjejaskan seksyen 33, Pengerusi boleh, dengan persetujuan secara bertulis dua pertiga anggota Lembaga, membatalkan pendaftaran seseorang ahli geologi asing berdaftar dengan menyampaikan suatu notis bertulis kepada ahli geologi itu tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

Ahli Geologi 25

(8)

Apabila pendaftaran seorang ahli geologi asing berdaftar dibatalkan di bawah subseksyen (7), ahli geologi asing yang berkenaan hendaklah berhenti menjalankan apa-apa hak atau keistimewaan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini tetapi dia berhak mendapatkan di mana-mana mahkamah apa-apa fi, caj, saraan atau balasan dalam apa-apa bentuk lain bagi perkhidmatan yang diberikannya sebelum tarikh penerimaan notis daripada

Pengerusi membatalkan pendaftarannya.

Sekatan terhadap ahli geologi profesional yang tidak berdaftar

Section 22 — GEOLOGISTS ACT 2008 | mylaw.my