Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA AHLI GEOLOGI 2008

Seksyen 23

(a)

menjalankan amalan, menjalankan urusan atau bekerja sebagai ahli geologi;

(b)

mengemukakan dirinya sebagai ahli geologi di bawah apa-apa nama, gaya atau gelaran—

(i)

yang mengandungi perkataan “ahli geologi profesional”, “ahli geologi” atau yang setara dengannya dalam apa-apa bahasa lain; atau

(ii)

yang mengandungi apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan bahawa dia seorang ahli geologi profesional atau seorang ahli geologi;

(c)

berhak untuk menyifatkan dirinya sebagai seorang “ahli geologi professional” dan menggunakan singkatan

“P.Geol.” selepas namanya atau dengan apa-apa cara berkaitan dengan namanya;

(d)

menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, papan tanda, kad atau alat lain yang menggambarkan atau membayangkan bahawa dia seorang ahli geologi profesional atau seorang ahli geologi; atau

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 689

(e)

berhak mendapatkan di mana-mana mahkamah apa-apa fi, caj, saraan atau balasan dalam apa-apa bentuk lain bagi apa-apa perkhidmatan geologi yang diberikan.

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kekecualian berkenaan dengan ahli geologi siswazah berdaftar