Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA AHLI GEOLOGI 2008

Seksyen 33

(a)

jika dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak di Malaysia atau di tempat lain;

(b)

jika dia menawarkan atau menerima apa-apa komisen yang pada pendapat Lembaga merupakan suatu komisen haram;

(c)

jika semasa bertindak atas sifat profesionalnya, dia pada masa yang sama tanpa mendedahkan fakta itu secara bertulis kepada pelanggannya, merupakan seorang pengarah atau anggota atau pemegang syer substantial dalam atau ejen bagi mana-mana syarikat, firma atau perniagaan, atau mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam syarikat, firma atau perniagaan, yang dengannya dia berurusan bagi pihak pelanggannya;

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 689

(d)

jika pendaftarannya di bawah Akta ini telah diperoleh dengan cara fraud atau salah nyataan atau disebabkan oleh apa-apa kesilapan atau kekhilafan yang dibuat oleh Lembaga dalam menimbangkan permohonan bagi pendaftaran;

(e)

jika kelayakannya di bawah seksyen 20 telah ditarik balik atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang melaluinya kelayakan itu diperoleh atau yang olehnya kelayakan itu diawardkan;

(f)

jika kebenaran di bawah subseksyen 26(1) telah ditarik balik atau dibatalkan;

(g)

jika dia didapati tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan tugas profesionalnya atau dia menjadi bankrap;

(h)

jika dia didapati oleh Lembaga telah melanggar Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(i)

jika dia tidak mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang tertakluk kepadanya dia didaftarkan;

(j)

jika dia didapati bersalah oleh Lembaga atas apa-apa perbuatan atau kelakuan yang pada pendapat Lembaga adalah mengaibkan atau keji; atau

(k)

jika dia tidak menunaikan kewajipan profesionalnya dengan kemahiran, ketelitian dan ketekunan yang sewajarnya.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Lembaga boleh—

(a)

mengeluarkan suatu amaran bertulis atau celaan kepada ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan;

(b)

memerintahkan ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan supaya membayar denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit;

Ahli Geologi 31

(c)

memerintahkan penggantungan pendaftaran ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan bagi tempoh yang tidak melebihi satu tahun;

(d)

memerintahkan pembatalan pendaftaran ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan; atau

(e)

mengenakan apa-apa gabungan sanksi yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (d) yang sesuai atas ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan.

(3)

Lembaga tidak boleh membuat perintah di bawah subseksyen (2)

melainkan jika—

(a)

suatu pendengaran telah diadakan mengenai alasan aduan terhadap ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan yang dikatakan telah menyebabkan, menyumbang kepada atau telah menjadi pihak kepada alasan aduan itu, yang dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah bilangan anggota Lembaga;

dan

(b)

suatu peluang untuk didengar telah diberikan kepada ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan itu sendiri atau melalui seorang peguam bela dan peguam cara.

(4)

Lembaga boleh, jika difikirkannya patut, menggantung pendaftaran mana-mana ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar bagi suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan sementara menanti selesai apa-apa siasatan oleh Lembaga di bawah Akta ini.

(5)

Apabila Lembaga menggantung pendaftaran seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar di bawah perenggan (2)(c) atau subseksyen (4), atau membatalkan pendaftaran seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar di bawah perenggan (2)(d) atau subseksyen 40(2), ahli geologi atau pengamal yang berkenaan hendaklah berhenti menjalankan apa-apa hak atau keistimewaan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini tetapi dia berhak mendapatkan di mana-mana mahkamah apa-apa fi, caj, saraan atau balasan dalam apa-apa bentuk lain bagi perkhidmatan yang diberikannya sebelum tarikh penerimaan notis daripada

Lembaga menggantung atau membatalkan pendaftarannya.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 689

(6)

Sesuatu perintah Lembaga di bawah perenggan (2)(c) atau 2(d) atau subseksyen (4) hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, disiarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam bahasa

Inggeris yang mempunyai edaran seluruh negara.

Pemotongan daripada Daftar

Section 33 — GEOLOGISTS ACT 2008 | mylaw.my