Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
(2)
Seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang namanya telah dipotong daripada Daftar kerana tidak membaharui pendaftarannya bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun hendaklah dimasukkan semula namanya sebaik sahaja dia memberitahu Pendaftar tentang hasratnya supaya namanya dimasukkan semula dan setelah dia membayar fi yang ditetapkan.
(3)
Seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang tidak membaharui pendaftarannya bagi suatu tempoh yang melebihi tiga tahun berturut-turut boleh dimasukkan semula namanya jika Lembaga berpuas hati dengan sebab-sebab bagi kemasukan semula dan setelah fi yang ditetapkan dibayar.
Ahli Geologi 33
(4)
Seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang namanya telah dipotong daripada Daftar menurut suatu perintah
Lembaga di bawah perenggan 33(2)(d) dan tidak membuat rayuan terhadap perintah itu atau rayuannya telah ditolak atau ditarik balik boleh memohon kemasukan semula selepas tamat tempoh yang tidak kurang daripada enam bulan dari tarikh perintah pembatalan, atau dari tarikh keputusan rayuan atau dari tarikh rayuan ditarik balik, mengikut mana-mana tarikh yang terkemudian.
(5)
Bagi maksud subseksyen (4) Lembaga boleh, setelah menerima permohonan daripada seseorang ahli geologi atau pengamal yang pendaftarannya telah digantung di bawah perenggan 33(2)(c) atau dibatalkan di bawah perenggan 33(2)(d), memasukkan semula pendaftarannya jika Lembaga berpuas hati bahawa—
(a)
sebab yang membawa kepada penggantungan atau pembatalan pendaftaran tidak wujud lagi; dan
(b)
ahli geologi atau pengamal yang berkenaan, pada masa permohonan, mematuhi terma, syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga pada masa pendaftaran asal.
(6)
Tanpa menjejaskan subseksyen (1) hingga (5), Lembaga boleh, setelah menerima keterangan yang memuaskan mengenai sebab yang wajar bagi kemasukan semula dan setelah dibayar ganti kepada Lembaga segala perbelanjaan yang ditanggung oleh
Lembaga berbangkit daripada prosiding yang membawa kepada pembatalan pendaftaran dan setelah dibayar fi yang ditetapkan bagi perakuan pendaftaran, mendaftarkan semula ahli geologi atau pengamal yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(7)
Dalam memasukkan semula pendaftaran seseorang ahli geologi atau pengamal di bawah seksyen ini, Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma, syarat dan sekatan tambahan sebagaimana yang difikirkannya patut.
(8)
Sesuatu perintah Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, disiarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam bahasa Inggeris yang mempunyai edaran seluruh negara.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 689
Perakuan hendaklah dikembalikan