Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA AHLI GEOLOGI 2008

Seksyen 37

(2)

Fungsi seseorang Inspektor ialah—

(a)

memastikan bahawa ahli geologi berdaftar dan pengamal berdaftar mematuhi peruntukan Akta ini;

(b)

menerima dan menimbangkan apa-apa laporan tentang pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan menyiasat laporan itu; dan

(c)

mengesan dan menyiasat—

(i)

apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini;

(ii)

apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; atau

(iii)

apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

(3)

Jika seseorang Inspektor mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis atau berkaitan dengan apa-apa perniagaan yang dijalankan dalam mana-mana premis, dia hendaklah memohon kepada Majistret bagi mendapatkan suatu waran yang memberi kuasa kepadanya untuk masuk dan menggeledah premis yang berkenaan.

Ahli Geologi 35

(4)

Jika seseorang Majistret mendapati, berdasarkan maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang didapati perlu oleh Majistret itu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa mana-mana Inspektor yang dinamakan di dalam waran itu untuk masuk ke dalam premis itu pada bila-bila masa yang munasabah dan menggeledah dan memeriksa premis itu dan memeriksa, membuat salinan, mengambil cabutan daripada atau menyita apa-apa buku, dokumen atau benda lain yang dijumpai di premis itu yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(5)

Seseorang Inspektor yang menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (4) boleh menghendaki mana-mana orang yang menjalankan atau menguruskan apa-apa perniagaan di premis yang berkenaan mengemukakan untuk pemeriksaan Inspektor apa-apa perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepada orang itu atau, dalam hal seseorang pekerja, yang dikeluarkan kepada majikannya di bawah Akta ini.

(6)

Seseorang Inspektor yang menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (4) hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya Inspektor itu bertindak atau yang daripadanya Inspektor itu menghendaki apa-apa maklumat kad kuasanya yang diarahkan oleh Menteri supaya dibawa oleh Inspektor itu.

(7)

Seseorang Inspektor yang menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (4) boleh membawa bersamanya orang dan kelengkapan yang didapatinya perlu.

(8)

Jika apa-apa buku, dokumen atau benda lain disita di bawah subseksyen (4), Inspektor yang menyita hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan serta-merta menyerahkan sesalinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang digeledah atau kepada ejen atau pekerjanya di premis itu dan jika premis itu tidak dihuni, Inspektor yang menyita hendaklah bilamana boleh melekatkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

(9)

Seseorang yang menghalang atau merintangi seseorang

Inspektor dalam menjalankan tugasnya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 689

Sekatan ke atas pengambilan khidmat orang yang tidak berdaftar