Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Seseorang yang—
(a)
memperoleh atau cuba untuk memperoleh pendaftaran atau perakuan pendaftaran di bawah Akta ini dengan secara sedar membuat atau menghasilkan atau menyebabkan supaya dibuat atau dihasilkan apa-apa akuan, perakuan, permohonan atau representasi palsu atau tipuan sama ada secara bertulis atau selainnya;
(b)
dengan sengaja membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa catatan palsu dalam Daftar;
(c)
memalsukan, mengubah atau melancung apa-apa perakuan pendaftaran di bawah Akta ini;
(d)
menggunakan apa-apa perakuan pendaftaran yang dipalsukan, diubah atau dilancung di bawah Akta ini dengan mengetahui bahawa perakuan itu telah dipalsukan, diubah atau dilancung;
(e)
menyamar sebagai seorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar;
Ahli Geologi 37
(f)
membeli atau secara fraud memperoleh suatu perakuan pendaftaran di bawah Akta ini yang dikeluarkan kepada orang lain; atau
(g)
menjual apa-apa perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kegagalan untuk mematuhi perintah