Malaysia legislation

Section 47

of *AKTA AHLI GEOLOGI 2008

Seksyen 47

(2)

Wang yang diterima oleh Lembaga di bawah Akta ini hendaklah digunakan seperti yang berikut:

(a)

untuk membayar belanja pendaftaran dan apa-apa belanja lain yang dilakukan dalam pentadbiran Akta ini, termasuklah apa-apa belanja Lembaga yang boleh dibenarkan di bawah apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan

(b)

untuk mengadakan biasiswa dan untuk menggalakkan pembelajaran dan pendidikan dalam bidang geologi.

(3)

Wang yang tidak diperlukan dengan segera oleh Lembaga boleh dilaburkan dalam sekuriti pemegang amanah yang boleh ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri atau disimpan sebagai simpanan tetap dalam bank yang boleh ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 689

Rayuan