Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA AHLI GEOLOGI 2008

Seksyen 4

(a)

melaksanakan tugas dan fungsi dan menjalankan kuasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini;

(b)

dengan kelulusan Menteri, menentukan skala fi yang akan dikenakan oleh ahli geologi profesional berdaftar, ahli geologi asing berdaftar dan pengamal berdaftar bagi perkhidmatan geologi yang diberikan;

(c)

menentukan dan mengawal selia kelakuan dan etika profesional profesion geologi;

Ahli Geologi 11

(d)

mendengar dan menentukan pertikaian yang berhubungan dengan kelakuan atau etika profesional ahli geologi berdaftar dan pengamal berdaftar, atau menubuhkan suatu jawatankuasa atau melantik seorang penimbang tara untuk mendengar dan menentukan pertikaian itu;

(e)

mewakili profesion geologi dalam apa-apa perkara yang perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian;

(f)

memeriksa dan, jika difikirkan perlu, membuat laporan tentang apa-apa perkara tempatan yang dikemukakan kepadanya dan membuat syor kepada Kerajaan atau kepada mana-mana pihak berkuasa awam, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun atau kepada mana-mana institut, badan atau pertubuhan yang pada pendapat Lembaga mewakili profesion geologi;

(g)

menimbangkan dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang yang berhubungan dengan survei geologi;

(h)

menjalankan peperiksaan bagi penerimaan masuk ke dalam profesion geologi;

(i)

melantik orang untuk mewakili profesion geologi dalam mana-mana badan atau panel pemeriksa yang boleh dilantik oleh mana-mana institut, badan atau pertubuhan yang pada pendapat Lembaga mewakili profesion geologi;

(j)

membuat syor berhubung dengan apa-apa peperiksaan supaya layak diterima masuk ke dalam profesion geologi;

(k)

mengadakan atau menyebabkan supaya diadakan program pembangunan profesional bagi ahli geologi berdaftar dan pengamal berdaftar untuk mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam pembangunan terkini yang berhubungan dengan profesion geologi;

(l)

memberikan biasiswa dan kemudahan lain bagi menggalakkan pembelajaran dan pendidikan yang berkaitan dengan geologi; dan

(m)

melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 689

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah subseksyen (1).

(3)

Tanpa menjejaskan kuasa am yang diberikan oleh subseksyen (2) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk membeli atau memajak mana-mana tanah atau bangunan sebagaimana yang diperlukan bagi penjalanan sepatutnya fungsinya di bawah Akta ini;

(b)

tertakluk kepada subseksyen (4), untuk meminjam atau memperdapatkan wang melalui overdraf bank atau selainnya bagi maksud yang dinyatakan dalam perenggan (a); dan

(c)

untuk memajakkan, melupuskan atau selainnya membuat urusan mengenai mana-mana harta tak alih Lembaga.

(4)

Lembaga tidak boleh meminjam atau memperdapatkan wang dengan apa-apa cara tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan

Menteri dan Menteri Kewangan.

Meterai perbadanan