Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
(a)
menetapkan cara untuk memohon pendaftaran, kebenaran dan kelulusan di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah dikemukakan oleh pemohon, cara pendaftaran dan pemberian kebenaran, syarat dan sekatan yang hendaklah dikenakan dan bentuk perakuan, kebenaran dan kelulusan;
(b)
menetapkan borang bagi maksud Akta ini;
(c)
menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara memungut dan membelanjakan fi dan caj itu;
(d)
mengadakan peruntukan bagi mengawal selia semua atau mana-mana kegiatan Lembaga dan pada amnya pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini; dan
(e)
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 689
(2)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
Kecualian mengenai hak Kerajaan