Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Meterai perbadanan itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(3)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Ahli Geologi” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.
(4)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi atau seorang anggota Lembaga.
(5)
Meterai perbadanan itu hendaklah dicapkan di hadapan
Pengerusi dan seorang anggota Lembaga yang lain dan Pengerusi dan anggota itu hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang padanya meterai perbadanan itu dicapkan.
Ahli Geologi 13
(6)
Segala surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (5)
hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.
(7)
Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan, boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh Pengerusi atau seorang anggota Lembaga bagi pihak Lembaga.
(8)
Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Keanggotaan Lembaga