Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
seorang Pengerusi yang hendaklah merupakan seorang ahli geologi profesional berdaftar;
(b)
seorang wakil Institut;
(c)
lima orang anggota yang hendaklah merupakan ahli geologi profesional berdaftar dalam perkhidmatan awam atau dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun;
(d)
lima orang anggota yang hendaklah merupakan ahli geologi profesional berdaftar yang menjalankan amalan persendirian atau dalam penggajian sepenuh masa mana-mana orang atau kumpulan orang selain perkhidmatan awam atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun; dan
(e)
dua orang yang, pada pendapat Menteri, dapat menyumbang kepada pemajuan profesion.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 689
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga yang pertama hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah merupakan warganegara Malaysia dan hendaklah dilantik oleh
Menteri:
(a)
seorang Pengerusi yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi profesional berdaftar;
(b)
seorang wakil Institut;
(c)
lima orang anggota yang hendaklah merupakan orang yang layak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi profesional berdaftar dan yang berada dalam perkhidmatan awam atau dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun;
(d)
lima orang anggota yang hendaklah merupakan orang yang layak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi profesional berdaftar dan yang menjalankan amalan persendirian atau dalam penggajian sepenuh masa mana-mana orang atau kumpulan orang selain perkhidmatan awam atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun; dan
(e)
dua orang yang, pada pendapat Menteri, dapat menyumbang kepada pemajuan profesion.
(3)
Bagi maksud perenggan (1)(c) dan (d) dan (2)(c) dan
(d)
, Institut boleh menamakan ahli geologi profesional berdaftar yang sesuai atau orang yang sesuai yang layak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi profesional berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk pertimbangan Menteri.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai menghendaki Menteri untuk melantik anggota yang disebut dalam perenggan (1)(c) atau (2)(c) daripada senarai penama yang dikemukakan oleh Institut.
(5)
Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik menganggotai
Lembaga:
(a)
seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
Ahli Geologi 15
(b)
seseorang yang bankrap; dan
(c)
seseorang yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan oleh mahkamah dan dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit.
Tatacara Lembaga