Malaysia legislation

Section 100

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 100

(2)

Peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pembatalan, penggantungan dan pembaharuan lesen hendaklah terpakai bagi semua orang yang disifatkan dilesenkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Mana-mana permohonan lesen di bawah Akta ini oleh seseorang yang disifatkan telah dilesenkan menurut kuasa subseksyen (1)

hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan baru dan bukan sebagai suatu permohonan bagi pembaharuan lesen.

(4)

Semua daftar yang disimpan dan disenggara di bawah

Akta dimansuhkan hendaklah pada tarikh ditetapkan disifatkan sebagai daftar yang disimpan dan disenggara di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada daftar itu.

Aktiviti yang baginya suatu lesen di bawah Akta ini terpakai