Malaysia legislation
Section 103
Seksyen 103
(2)
Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum diputuskan atau yang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini sebagaimana ia boleh dilakukan oleh atau terhadap Lembaga dibubarkan atau orang itu jika Akta ini tidak diperbuat.
(3)
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebaik sebelum tarikh ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang Lembaga dibubarkan menjadi suatu pihak kepadanya boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini.
Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai
Lembaga dibubarkan